Thursday, 17 January 2013

H A S I L Y A N G B E R H A S I L

Tajuk pun entah apa2 ntah.. Berhabuk la  BLOG  ni.. Hasyyyuumm ! Habuk sana-sini.. O M G !

OK2.. straight to the point.. kali ni nak tunjuk susunan gambar.. SUSU+NAN=SUSUNAN hahaa..

SUSUNAN GAMBAR ?? apa tu ?? Ehemm2.. susunan gambar ni biasanya digunakan di majakah atau artikel untuk nampak berlainan dan menarik.. Contoh ?? Macam ni ..

Comel kan ?? Pandai anak buah aku ni.. Hahhh.. Macam ni la susunan..
Semua software editing ade susunan gambar.. Korang je yang tak tahu.. Menari kan ?? Lagi ??

Amacam ?? AWESOME kan ?? Pencahayaan yang baik.. LIKE !!

Berhasil tak ?? Hohoho.. berhasil

Ingat pesan aku,, "A GOOD PICTURE, COME WITH GOOD SKILLS"

I N G A T  ! ! !



ikhlas mencurahkan ilmu,
OFFICIAL AKMAL NADIRAH

Wednesday, 26 December 2012

Karya Agung !

Karya Agung la sangat .. Hehehe.. Aku just nak tunjuk gambar hasil ciptaan aku. Gambar yang dah diedit dan gamba yang aku ambik and aku edit sekali.. Err ??

ONE !

TWO !

THREE !

Macam mana ?? Ok tak ?? Untuk pengetahuan korang, aku edit guna PHOTOSCAPE.  Ni antara 3 karya agung aku. Harap korang suka ! Suka tak ? Hehe..

Gambar satu ngan dua tu masa kenduri kahwin kakak angkat aku. Aku bukanlah OP (official photographer) dia. Just belakang tabir je.. Tapi kira ok la kan.. V^_^

Gambar tiga ! Gambar kat dataran merdeka. Ni diambil oleh seorang abang.. Abang angkat aku. Dia guna NIKON D90. Tapi gamba yang dia ambik tak berapa nak sharp.. Tu yang aku edit tu.. Hehe.. Ok tak ?? Ok kan..

                                                                                                                            sumber : OFFICIAL AKMAL NADIRAH

Sunday, 9 December 2012

SUNSET guna kamera COMPACT dan HANDPHONE

Hahh ?? Boleh ke guna kamera compact dengan handphone ... Bukan kena guna DSLR ke ??

"guna DSLR kan lagi cantik"

Memang la cantik.. Tapi yang tak de DSLR tu camne pulak..
Ok, Let me introduce you how to make the sunset view only using the compact camera and the handphone .
Tips ni aku dapat dari sorang blogger.. Lepas aku cuba teknik yang dia ajar, terus aku dapat snap gambar yang sangat-sangat cantik !

1. Untuk compact kamera, set kan kamera ke mode LANDSCAPE. Handphone ke AUTO.

2. Turunkan warna ke -0.3 atau -0.7 . (Lagi rendah suhu warna, lagi baik) atau ini dipanggil EXPOSURE COMPENSATION..

3. Set kan WB (white balance) ke daylight (ungu-oren) atau cloudy (betul-betul oren)

4. Snap ! Snap ! Snap !

Then, dah dapat hasil yang baik ..









Sekarang korang nampak kecantikannya disitu.. Tak kisah la ada DSLR ke tak, yang penting, kita tahu macam mana nak berkarya. Ada DSLR tapi tak tahu nak guna, tak guna jugak. 

sumber : ejad fotopoyo dan google images

Saturday, 8 December 2012

Teknik P A N N I N G (:

PANNING ?? Pening la... Apa tu ... Ni nak cita sikit ni..

Tujuan yang ingin dicapai dengan teknik panning adalah untuk mendapatkan objek lebih jelas dengan latar belakang yang kabur sehingga memberikan kesan objek tersebut bergerak cepat. (skema giler ayat) :)

Faham ke ?? Ok. Contoh ekk.. Gambar seorang pelumba motosikal di litar. Mesti la laju kan.. Untuk dapatkan gamba yang jelas dan nampak kesan pergerakan, teknik panning ni yang paling sesuai dan memang afdal..

                                                    
Sekarang, korang dah nampak apa itu PANNING .










Tip Teknik P A N N I N G

*Pilih shutter speed yang agak lambat. Start dari 1/30. Tetapi, hati-hati bila korang guna shutter speed 1/8 atau lebih lambat apabila tidak menggunakan tripod. Objek boleh jadi kabur !!

*Perhatikan latar belakang objek. Sangat-sangat dialukan agar memilih yang tidak terlalu crowded (crowded ?? apa tu ) tidak terlalu banyak subjek kat belakang objek. Faham ?? 

*Gunakan tripod atau monopod untuk membantu menstabilkan gambar dan membuat kualiti gambar lebih jelas.

Faham ke ?? Mudah-mudahan faham. Sebenarnya, aku pun tak berapa pandai nak buat teknik PANNING ni. Pening aku dibuatnya. Tapi, dengan latihan, rujukan dan izin-NYA, insyaALLAH boleh ! Tak de yang tak boleh kat Malaysia ni, semuanya boleh... Malaysia boleh !! (tetibe) Done with that part.. RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL (:

sumber : google images dan synergy media

Thursday, 6 December 2012

Fotografi , Apakah Itu ???

Fotografi-Photography : segala sesuatu yang berkaitan dengan proses melukis dengan cahaya .

Jadi, walaupun korang semua just guna kamera phone je, korang layak digelar jurugambar (photographer) .

Kamera ada banyak jenis , antaranya :

*compact camera
*DSLR camera
*LOMO camera
*bridges camera
*instant camera

Sekarang ni dah jadi trend DSLR dan briges camera . Kamera macam ni sangat sesuai untuk penggemar dunia fotografi .
Dah macam-macam function ada kat kamera macam ni.
Senang nak ambik gamba kan .
instant camera
LOMO camera
DSLR camera
bridges camera
compact camera






Hahh ! Ni semua kamera yang telah pun ada kat pasaran dan ada peminatnya yang tersendiri . Kalau kamera pun dah complicated, apa lagi functions dia kan ?? Hmmm... Macam mana ekk ??

sumber : google image dan synergy media   

Selamat Datang ke Dunia Blogger

Hai ! Saya baru di blog ! Blog saya mengisahkan tentang DUNIA FOTOGRAFI . Sesiapa yang kekok dengan kamera dan tak tahu functions , baca je blog saya .