Tujuan yang ingin dicapai dengan teknik panning adalah untuk mendapatkan objek lebih jelas dengan latar belakang yang kabur sehingga memberikan kesan objek tersebut bergerak cepat. (skema giler ayat) :)
Faham ke ?? Ok. Contoh ekk.. Gambar seorang pelumba motosikal di litar. Mesti la laju kan.. Untuk dapatkan gamba yang jelas dan nampak kesan pergerakan, teknik panning ni yang paling sesuai dan memang afdal..
Sekarang, korang dah nampak apa itu PANNING .
Tip Teknik P A N N I N G
*Pilih shutter speed yang agak lambat. Start dari 1/30. Tetapi, hati-hati bila korang guna shutter speed 1/8 atau lebih lambat apabila tidak menggunakan tripod. Objek boleh jadi kabur !!
*Perhatikan latar belakang objek. Sangat-sangat dialukan agar memilih yang tidak terlalu crowded (crowded ?? apa tu ) tidak terlalu banyak subjek kat belakang objek. Faham ??
*Gunakan tripod atau monopod untuk membantu menstabilkan gambar dan membuat kualiti gambar lebih jelas.
Faham ke ?? Mudah-mudahan faham. Sebenarnya, aku pun tak berapa pandai nak buat teknik PANNING ni. Pening aku dibuatnya. Tapi, dengan latihan, rujukan dan izin-NYA, insyaALLAH boleh ! Tak de yang tak boleh kat Malaysia ni, semuanya boleh... Malaysia boleh !! (tetibe) Done with that part.. RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL (:
sumber : google images dan synergy media
No comments:
Post a Comment